'DAULAT TUANKU'

MENJUNJUNG KASIH

DI ATAS PERKENAN MENCEMAR DULI

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

MERASMIKAN MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH ISLAM AL-IMTAR

PADA 19HB NOVEMBER 2009

BERSAMAAN 2 ZULHIJAH 1430H

BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

JALAN DUTA, KUALA LUMPUR

Keratan Akhbar Berita Harian 20hb Nov 2009

SERI PADUKA menandatangani plak perasmian dan pelancaran dana pada Majlis Ihtifal

Sekolah Islam Al Imtar, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta  Kuala Lumpur,

Y.Bhg. Ustaz Faisal Al-Hafiz Mempersembahkan Cenderahati kepada Seri Paduka Baginda sambil diperhatikan Y.Bhg. Dato' Sanator  Jamil Khir B Baharom Menteri di JPM  pada Majlis Tersebut

---------------------------------------------------

Bismillahir Rahmanir Rahim

Usaha-usaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan Islam yang tulin yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah memerlukan satu penggembelingan tenaga semua lapisan masyarakat Islam sama ada ahli ekonomi mahupun para cendikiawan kearah mendokong cita-cita dan semangat Islam.

Sekolah ini mewujudkan hasil cetusan buah fikiran Pengasas serta sahabat-sababat yang kometed dalam sekolah berintegriti serta pemangkin bagi lepasan Sekolah tersebut untuk berkhidmat kepada Agama, Bangsa dan Negara dalam menyampaikan risalah Allah dan Rasulnya.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman2 itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah s.w.t. gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka dan kepada Allah lah mereka bertawakal.   (surah al-anfal. ayat 2)

Bagi tujuan itu, Sekolah Al-Imtar adalah tempat yang sesuai untuk maksud ini, kerana dalam masa yang sama Pelajar dapat Menguasai Aliran Agama dan Akademik yang sedia diajar dalam Sekolah Al-Imtar serta Al-Imtar juga kometed untuk menghasikan Pelajar berwawasan dan berintegriti.

************************************************************************

Sekolah Islam Al-Imtar (sekarang)

*********************************************************************

OBJEKTIF PENUBUHAN

1) Melahirkan generasi penghafal Al quran yang mahir, berketerampilan dan beramal dengan isi kandungan Al-Quran.

2) Melahirkan genarasi yang bertanggungjawab serta berdikari dalam menghadapi arus dunia moden.

3) Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.

4) Melahirkan generasi yang berdisplin dan mempunyai semangat yang tinggi demi untuk menyahut tuntutan agama masa kini.

5) Menonjolkan sistem pendidikan Islam berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan mampu memberikan saingan kepada pendidikan sekular.

6) Membuktikan kepada masyarakat bahawa Sekolah Al-imtar mampu memberi sumbangan yang besar kepada Agama, Bangsa dan Negara dalam proses untuk menegakkan syiar Islam.

*********************************************************************

MODUL PENGAJIAN

Sekolah Al-Imtar merancang untuk mewujudkan satu sistem pengajian lengkap yang berteraskan kepada dua aliran secara sistematik bermula daripada peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi.

1. Pembelajaran Tahfiz Al-Quran & KAFA

2. Akademik (UPSR & SPM)

Suatu perkara yang unik sistem pengajian Sekolah Al-Imtar ini lebih memberi penekanan kepada konsep Penghafalan Al-Quran di peringkat permulaan/rendah tanpa mengetepikan sistem pembelajaran asas [3M] iaitu Membaca,Menulis dan Mengira yang merangkumi sama ada Hafazan, tulisan jawi, rekod laporan pencapaian pelajar disediakan oleh Unit para Guru untuk merekodkan segala pencapaian dan kemajuan para pelajar setiap bulan. laporan itu akan dihantar kepada ibu bapa pelajar untuk perhatian dan ulasan mereka.

Pada tahap berikutnya,para pelajar yang telah mahir dengan Al-Quran akan didedahkan kepada pengajian Hafazan dan Pendidikan Islam yang meliputi semua cabang ilmu-ilmu islam seperti;

1) Pengajian Tafsir Al-Quran (asas)

2) Pengajian Al-Hadis

3) Pengajian Al-Fiqah (asas)

4) Pengajian Sirah An-Nabawiyyah dan Sejarah Islam

Ia juga merqngkumi pengajian bahasa-bahasa tertentu untuk memudahkan para pelajar mendalami ilmu dan berkomunikasi apabila berada di luar Negara kelak.Bahasa-bahasa tersebut ialah;

Bahasa Arab

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Teknik pengajian Al-Imtar lebih menitik beratkan kepada teknik talaqi, Musyafahah iaitu Gabungan Sistem Pondok dan Moden.

Di antara modul pengajian yang terdapat di Sekolah Al-Imtar ialah:

Pengajian Tempoh Umur

1) Tadika 1 Tahun ( 4-5-6 tahun)

2) Pra Tahfiz 1 Tahun ( 7-10 tahun)

3)Tahfiz (Lelaki) 3 tahun ( 10-15 tahun)

4) Hafizah (Perempuan) 3 tahun ( 10-15 tahun)

5) Sijil Tahfiz & SPM 1 tahun (selepas tamat tahfiz)

*****************************************************************

.....AKAN BERSAMBUNG.....

---------------------------------