http://farm1.static.flickr.com/145/393816960_3290063632_m.jpg

'DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG'

Demi Masa

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,

malainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

(Surah Al-Asr)

*************************************************************

'MENJUNJUNG KASIH'

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

DIATAS PERKENAN MENCEMAR DULI

MERASMIKAN MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH ISLAM AL-IMTAR

PADA 19HB NOVEMBER 2009

BERSAMAAN 2 ZULHIJAH 1430H

BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

JALAN DUTA, KUALA LUMPUR

Seri Paduka Baginda menandatangani Plak Majlis Ihtifal sambil diperhatikan Senator Dato Jamil Khir dan  Y.Bhg Ustaz Faisal

**************************************************************

Segala puji-pujian hanya bagi Allah s.w.t. pencipta alam dan segala  kandunganya yang memiliki kekuasaan mengatasi segala kekuasaan, Allah Maha Agong dan tiada bandingan baginya.

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Rasul akhir zaman, yang memimpin umat  ke jalan kebenaran, sebagai lampu penyuluh yang terang benderang, berpandukan hidayah dan kalam Tuhan.

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah mencipta kita sebagai makhluk insan yang dianggap sebaik-baik kejadian dan mengurniakan kita akal fikiran yang denganya dapat kita bezakan diantara kebenaran dan kebatilan.

Pendidikan Islam adalah pendidikan yang berteraskan wahyu, Pendidikan ini telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.  pada tahun 610 M. di As-Safa, Makkah. Pada peringkat awal bilangan penuntutnya terlalu sedikit tidak sampai 10 orang, tetapi setelah beberapa bulan berlalu bilangan pelajar bertambah ramai, mereka terdiri daripada berbagai-bagai golongan dan semua peringkat. Para penuntut ini diberi pendidikan dengan sempurna dalam bidang aqidah disamping pembinaan sahsiah Islamiah yang tulen berasaskan tuntutan wahyu Allah yang disampaikan oleh malaikan jibril a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. antaranya:

Dan berilah tunjuk ajar yang sempurna kepada isi keluargamu sendiri, dan berilah juga bimbingan kepada para pengikutmu yang telah beriman itu dengan baik dan mesra. (terjemahnya)

(Surah Al-Syuara' ayat 214-215)

Melalui sifat-sifat keguruan yang unggul, Rasulullah s.a.w. telah dapat membina generasi pelopor yang berjiwa besar dan berciti-cita tinggi untuk mencipta tamadun  Islam di tengah-tengah masyarakat jahiliah, setelah terbukti wujudnya keimanan dan keyakinan didalam setiap individu yang disebutkan tadi,

Allah berfirman:

Maka oleh yang demikian sampaikanlah pula segala apa yang diperintah oleh Tuhan kepadamu dan kepada seluruh manusia dan janganlah engkau menghiraukan  langsung tindakan orang-orang musyrik itu, kerana Allah tetap memelihara kamu agar tidak menjadi mangsa kepada orang yang mengejekmu nanti. (terjemahnya)

(Surah Al-Hijr, ayat 94-95)

Ayat ini diturunkan  selepas tiga tahun pendidikan yang dijalankan oleh Baginda s.a.w. Bermula dari tarikh itu lahirlah suatu revolusi pendidikan dalam sejarah masyarakat bangsa Arab dan para pendokongnya terpaksa menghadapi risiko yang sangat berat, pada ketika itu baginda berdoa ke hadrat Allah agar segala pertolongan dan perlindungan diberi kepadanya, pada suatu malam dalam bulam Rabiulawal tahun 623 M. Jibril  datang kepada baginda untuk menyampaikan wahyu daripada Allah yang berbunyi:

Ketahuilah wahai Muhammad bahawa golongan kafir itu sedang merancang untuk menangkapmu sama ada sama hidup atau mati atau setidak-tidaknya untuk mengusirmu dari sini, Ingatlah bahawa mereka sedang merancang usaha itu dengan rapi, tetapi Allah s.w.t. tetap memeliharamu, sesungguhnya keputusan Allah terhadapmu tetap dapat mengatasi  segala rancangan jahat mereka itu. (terjemahnya)

(Surah Al-Anfal, ayat 30)

--------------------------------------------------------------

Ustaz Faisal Al-Hafiz Mempersembahkan Cenderahati Kepada Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Majlis Ihtifal Sek. Al-Imtar 2009

Antara tetamu kenamaan yang hadir bersama Seri Paduka pada Majlis Ihtifal Al-Imtar 2009