*UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH ISLAM AL IMTAR*
PERKARA 1: KEHADIRAN
1.1 Semua pelajar mesti hadir ke sekolah pada hari persekolahan.
1.2 Pelajar yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu, ibu bapa atau penjaganya mesti menghantar surat doktor kepada guru kelas berkenaan.
1.3 Jika pelajar itu tidak hadir selama TIGA hari berturut-turut tanpa surat dari penjaga atau ibu pada, pihak sekolah akan menghantar surat kepada ibu bapa atau penjaga. Jika tiada jawapan, dan Jika tiada juga berita, tindakan yang lebih berat seperti memotong nama mereka akan dibuat.
1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Ketua Guru, Penolong Kanan, atau Guru.
PERKARA 2: KEDATANGAN
2.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan datang lewat. Pelajar-pelajar sepatutnya berada di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum kelas bermula.
2.2 Pelajar-pelajar yang datang lewat tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan disiplin.
2.3 Berniat untuk belajar bersungguh-sungguh sewaktu menjejakan kaki ke kawasan sekolah.
PERKARA 3: PERHIMPUNAN
3.1 Semasa perhimpunan – semua pelajar wajib hadir. Pelajar-pelajar berkumpul dan berbaris mengikut peringkat seperti yang ditetapkan.
3.2 Semasa ucapan dan pengumuman dibuat semua pelajar dikehendaki sentiasa senyap dan memberikan perhatian.
3.3 Setelah perhimpunan selesai, pelajar-pelajar mestilah berjalan mengikut barisan masing-masing menuju ke kelas berpandukan arahan.
PERKARA 4: TUGASAN DI KELAS
4.1 Waktu rehat – semua pelajar dilarang berada di dalam kelas.
4.2 Waktu balik – kelas mestilah berada dalam keadaan bersih. Papan hitam mesti dibersihkan, meja dan kerusi diaturkan.
PERKARA 5: PAKAIAN SERAGAM
5.1 Tiap-tiap pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang telah ditetapkan semasa berada di sekolah pada setiap masa. Pakaian ini mestilah bersih dan kemas.
5.2 Pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam yang kemas ini dari rumah ke sekolah sehingga pulang ke rumah.
5.3 Semasa pelajaran Pendidikan Jasmani pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian khas yang telah ditetapkan oleh guru Pendidikan Jasmani.
5.4 PAKAIAN PELAJAR LELAKI
5.4.1 Baju melayu berwarna krim dan sampin berwarna merah (pelajar KAFA) / sampin coklat (pelajar integrasi). Baju hendaklah dimasukkan ke dalam sampin setiap masa.
5.4.2 Butang baju mestilah dikenakan semuanya kecuali di bahagian kolar.
5.4.3 Kasut kanvas putih / hitam. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kasut yang berjalur-jalur, sandal, atau selipar .
5.4.4 Tanda nama mesti sentiasa dipinkan di atas poket baju.
5.4.5 Tidak dibenarkan memakai/membawa barang-barang kemas (akan dirampas jika memakai)
5.4.6 Pelajar-pelajar lelaki hendaklah sentiasa bersongkok atau ketayap di sepanjang waktu persekolahan .
5.5 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
5.5.1 Baju kurung berwarna krim (berpotongan biasa) iaitu potongan leher mestilah berbentuk ‘teluh belanga’ bukan berbentuk ‘cekak musang’. Dan kain sarung berwarna merah (pelajar KAFA) / coklat (pelajar Integrasi) seperti yang telah ditetapkan.
5.5.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menconteng atau menampal pada pakaian sekolah.
5.5.3 Semua pelajar perempuan wajib bertudung.
5.5.4 Tanda nama disematkan di sebelah kiri bahagian atas baju.
5.5.5 Pelajar-pelajar adalah dilarang memakai atau menggunakan alat-alat solek atau barang-barang kemas ke sekolah. Jika memakai, tindakan disiplin akan diambil.
5.6 PAKAIAN WAKTU PAGI/PETANG: (Luar waktu sekolah)
5.6.1 Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti dan kemas.
5.6.2 Tidak dibenarkan memakai selipar/terompah di kawasan sekolah. Pelajar-pelajar mesti memakai sepatu/kasut sukan. Memakai baju T bercop sekolah adalah dimestikan.
PERKARA 6: RAMBUT DAN KUKU
6.1 Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek. Istilah pendek ialah:
a) Rambut belakang tidak menyentuhi kolar baju.
b) Rambut tepi tidak menyentuhi telinga.
c) Rambut hadapan tidak menutupi dahi.
6.2 Rambut pelajar-pelajar lelaki mestilah bersikat dan sentiasa kemas.
6.1 Pelajar-pelajar dilarang mewarnakan dan menginaikan rambut.
6.2 Pelajar-pelajar juga dilarang menyimpan kuku panjang dan dilarang mewarnakan kuku mereka. Kuku mestilah sentiasa pendek dan bersih.
PERKARA 7: TATATERTIB DAN KESOPANAN
7.1 DALAM BILIK DARJAH
7.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah sebelum pelajaran dimulakan pada waktu pagi kecuali meraka yang bertugas.
7.1.2 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga alat-alat dalam bilik darjah. Ketua darjah mesti melaporkan kepada guru kelas dengan segera jika berlaku sebarang kerosakan.
7.1.3 Semasa pelajaran sedang berjalan, pelajar tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru. Sewaktu pertukaran guru juga pelajar tidak dibenarkan keluar.
7.1.4 Pelajar yang hendak masuk ke bilik darjah di mana guru sedang mengajar dikehendaki mengetuk pintu terlebih dahulu dan minta kebenaran masuk.
7.2 WAKTU REHAT
7.2.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas, pejabat atau bilik guru. Kecuali jika ada urusan atas kebenaran guru berkenaan.
7.2.2 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.
7.3 DALAM BILIK GURU
7.3.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik guru tanpa kebenaran atau arahan daripada guru.
7.3.2 Tidak boleh mengambil apa-apa barang di dalam bilik guru tanpa kebenaran atau arahan daripada guru.
7.4 LATIHAN/PERMAINAN UNTUK RUMAH/SEKOLAH
7.4.1 Pelajar-pelajar dikehendaki patuh kepada arahan guru yang bertanggungjawab mengenai latihan/permainan rumah/sekolah.
7.4.2 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah dan membawa pakaian yang sesuai untuk permainan dan latihan (baju T bercap sekolah)
7.4.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat latihan/permainan tanpa guru yang berkenaan atau tiada arahan dari guru-guru berkenaan.
PERKARA 8: KEBERSIHAN SEKOLAH
8.1 KEBERSIHAN BILIK DARJAH
8.1.1 Semua pelajar mestilah menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing.
8.1.2 Ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab menyediakan jadual tugas kelas masing-masing dan memastikan tugas harian ini dijalankan dengan sempurna.
8.1.3 Pelajar-pelajar dilarang membuang sampah di merata tempat melainkan di dalam bakul sampah yang disediakan.
8.1.4 Sampah dalam bakul sampah hendaklah segera dibuang ke tempat yang telah ditentukan. Sampah-sarap jangan ditinggalkan di sudut kelas atau disapu ke bahagian bawah.
8.1.5 Pelajar-pelajar digalakkan menghias bilik darjah masing-masing dengan alat-alat pembelajaran yang sesuai dan menarik.
8.2 KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH
8.2.1 Keadaan kawasan sekolah mestilah dalam keadaan bersih dan cantik setiap masa.
8.2.2 Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan di sekitar kawasan sekolah
8.2.3 Sebarang jenis sampah yang dijumpai di mana sahaja di kawasan sekolah hendaklah dipungut.
8.3 KEBERSIHAN TANDAS
8.3.1 Pelajar-pelajar dikehendaki menggunakan tandas dengan betul dan menjaga kebersihannya.
8.3.2 Pelajar-pelajar dilarang menconteng dinding tandas dan lain-lain.
PERKARA 9: KANTIN
9.1 Apabila membeli makanan/minuman semasa rehat, pelajar-pelajr dikehendaki beratur denga tertib dan ikut arahan guru bertugas dan pengawas-pengawas yang bertugas.
9.2 Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika makan atau mesti berada di kawasan kantin, tidak dibenarkan makan di tempat lain.
9.3 Jangan tinggalkan mangkuk, piring yang digunakan di atas meja, tetap hendaklah diletakkan ke dapur dan membasuhnya.
9.4 Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan di atas meja. Masukkan ke dalam tong sampah yang disediakan.
9.5 Para pelajar dilarang membeli makanan di luar waktu rehat.
9.6 Semua pelajar dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah sewaktu rehat, atau pergi makan di luar kawasan sekolah.
9.7 Jangan salahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti besen basuh tangan dan tong sampah.
PERKARA 10: PELAJAR YANG BERBASIKAL/BERMOTOSIKAL/BERJALAN KAKI
10.1 PERLAJAR YANG BERBASIKAL
10.1.1 Para pelajar dilarang menunggang basikal dalam kawasan sekolah bila-bila masa pun.
10.1.2 Semua basikal hendaklah diletakkan dengan teratur di tempat letak basikal yang telah ditetapkan. Basikal mestilah dikunci.
10.1.3 Semua basikal yang digunakan adalah lengkap dengan loceng, brek hadapan dan belakang yang sempurna dan berlampu.
10.1.4 Pelajar-palajar jangan bersaing-saing di jalanraya semasa datang atau pulang dari sekolah.
10.3 PELAJAR BERJALAN KAKI
10.3.1 Semua pelajar yang berjalan kaki diingatkan supaya berjalan di sebelah kanan jalanraya.
10.3.2 Jangan bergurau atau bermain ketika berada di jalanraya.
10.3.3 Sebelum melintas jalan, pandang ke kanan, dan kiri jalan untuk memastikan keselamaan kamu. Jika di jalanraya besar lintas setelah lampu isyarat memberi isyarat kamu boleh melintas.
PERKARA 11:
11.1 KELUAR KAWASAN SEKOLAH
11.1.1 Dalam masa persekolahan, pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. Jika ada urusan penting, pelajar berkenaan diwajibkan meminta kebenaran daripada guru bertugas.
11.1.2 Pelajar yang memerlukan rawatan perubatan di klinik dikehendaki mendapatkan surat dari pejabat sekolah dan ditandatangani oleh guru bertugas. Setelah selesai mendapatkan rawatan, pulangkan semula borang tersebut kepada guru yang berkenaan. Pastikan Pegawai Perubatan menandatangani borang tersebut untuk menandakan kamu telah dirawat.
11.1.3 Jika diberi surat cuti sakit, serahkan kepada guru kelas anda.
11.2 GARIS KASAR / PERATURAN LAWATAN
11.2.1 Mesti menepati waktu.
11.2.2 Sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh penganjur.
11.2.3 Sentiasa berpakaian kemas, bersopan-santun serta hormat-menghormati di antara satu sama lain.
11.2.4 Anda dilarang meghisap rokok, dadah, meminum minuman keras, berjudi dan sebagainya.
11.2.5 Setiap pelajar yang ingin menyertai sebarang lawatan/rombongan hendaklah mendapatkan kebenaran dari pihak ibu bapa/penjaga terlebih dahulu. Pelajar mesti mengisi borang kebenaran melawat yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. Tanpa surat kebenaran penyertaan permohonan anda tidak dapat dilayan.
PERKARA 12: PEJABAT SEKOLAH
12.1 Semua pelajar tidak dibenarkan masuk atau berada di sekeliling kawasan pejabat pada setiap masa.
12.2 Untuk menemui Guru Besar, para pelajar dikehendaki meminta kebenaran dari kerani terlebih dahulu.
12.4 Semua pelajar tidak dibenarkan berkeliaran di sekitar kawasan pejabat tanpa urusan tertentu.
PERKARA 13: PEMBAYARAN YURAN
13.1 Yuran hendaklah dijelaskan pada setiap 25hb – 5hb dalam setiap bulan.
PERKARA 14: TATASUSILA/TINGKAHLAKU
14.1 Pelajar-pelajar hendaklah mengetahui nama semua guru yang mengajar di sekolah ini.
14.2 Setiap pelajar hendaklah sentiasa berkelakuan baik, bersopan-santun terhadap Guru Besar, guru-guru, pekerja sekolah, pelawat-pelawat, ibu bapa dan rakan sekolah.
14.3 Pelajar-pelajar dilarang meludah di merata-rata tempat di hadapan khalayak ramai atau meludah dari tingkat atas bangunan ke bawah.
14.4 Para pelajar dilarang melakukan perkara jenayah, mencuri, menghisap rokok, berjudi, menancam, bergaduh, menipu, menyalahgunakan dadah dan perkara-perkara lain yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang negara dan bertentangan dengan tatasusila kemasyarakatan.
14.5 Para pelajar dilarang merayau-rayau dan berkelakuan tidak sopan dalam kawasan sekolah. Juga dilarang ponteng kelas atau ponteng sekolah.
14.6 Para pelajar hendaklah berkelakuan baik dan bertata-tertib sapanjang masa, mengadakan lawatan-lawatan sambil belajar, mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan akademik dan sukan.
14.7 Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pelajar menjaga nama baik sekolah dan berusaha seberapa dayausaha meninggikan dan mengharumkan nama sekolah ini.
14.8 Para pelajar dilarang membawa radio/kaset/walkman, majalah hiburan dan pakaian yang tidak ada kaitan dengan aktiviti sekolah.
14.9 Semua perintah guru-guru hendaklah diikuti dan diuruskan dengan teliti dan segera. Banyakkan membaca buku di rumah. Buat kerja rumah yang diberi oleh guru dengan sempurna.
14.10 Pelawat-pelawat yang hendak berjumpa anak/jagaannya mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong Kanan.
14.11 Para pelajar tidak dibenarkan membaca atau membawa bahan bacaan yang tidak sesuai atau lucah ke dalam kawasan sekolah.
14.12 Para pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri, pakaian, kelas dan kawasan sekolah. Sebaik-baiknya lima minit sebelum loceng balik dibunyikan, pelajar-pelajar hendaklah membersihkan sampah sarap dalam kelas dan di dalam meja masing-masing. Buangkan semua sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
PERKARA 15: KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH
15.1 Sebarang kerosakan harta benda sekolah di dalam kelas dan kawasan sekolah mestilah dilaporkan dengan segera kepada guru tingkatan, guru bertugas atau guru disiplin.
15.2 Pelajar yang didapati merosakan harta benda sekolah dikehendaki membayar sepenuhnya harga barang yang dirosakkan.
15.3 Menjadi tanggunjawab semua pelajar menjaga dan menggunakan dengan baik semua harta benda sekolah.
PERKARA 16: PENGAWAS
16.1 Pengawas-pengawas adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih dari pelajar-pelajar yang mempunyai peribadi yang baik, dapat memukul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas.
16.2 Pengawas-pengawas adalah bertanggunjawab untuk mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua pelajar di sekolah ini.
16.3 Semua pengawas berhak menegur serta memberi arahan yang bersesuaian berdasarkan kepada peraturan-peraturan sekolah. Pelajar dilarang menentang pengawas dan mestilah mematuhi setiap arahan-arahan pengawas.
16.4 Pengawas-pengawas mestilah menunjukkan sikap yang baik, mematuhi arahan, menjalankan tugas yang diberi dengan sebaik-baiknya supaya menjadi contoh yang baik kepada pelajar-palajar lain.
PERKARA 17: TINDAKAN DISIPLIN
17.1 Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas pelajar-pelajar yang melanggar undang-undang dan peraturan sekolah mengukut jenis kesalahan.
a) amaran
b) amaran bertulis
c) kelas tahanan
d) dirotan
e) penggantungan sekolah
f) diberhentikan dari sekolah
17.2 Untuk kesalahan yang dianggap berat, tindakan tatatertib oleh Lembaga Disiplin Sekolah akan diambil ke atas yang bersalah tanpa amaran.
17.3 Untuk kesalahan lain, yang bersalah akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Sekolah untuk diambil tindakan.
a) Pelajar yang diberi surat amaran dari Pengawas hendaklah melaporkan diri di Bilik Pengawas seperti yang diarahkan.
b) Setiap kesalahan am termasuk datang lewat lebih dari 3 kali tanpa sebab yang munasabah akan dihantar ke D.C. (Kelas Tahanan)
c) Pelajar yang diarahkan untuk menghadiri D.C. dikehendaki hadir. Tindakan oleh Lembaga, Tatatertib Pelajar akan diambil terhadap mereka yang tidak menghadiri kelas ini.
Catatan
Tiap-tiap kesalahan akan dicatit dan dipertimbangkan apabila pihak sekolah mengeluarkan Surat Akuan dan Surat Berhenti Sekolah
PERKARA 18: PERKARA-PERKARA TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT/BOLEH DIBUANG SEKOLAH
18.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
18.2 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
18.3 Memukul/menyakit/mencederakan guru-guru dan kakitangan sekolah.
18.4 Mengancam guru-guru atau guru besar.
18.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah.
18.6 Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak sekolah.
18.7 Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.
18.8 Sengaja merosakkan harta persendirian guru atau pelajar-pelajar lain.
18.9 Mencuri, memberi keterangan yang palsu dan bersuhabat akan dikenakan tindakan keras.
18.10 Mengancam/perasugut pelajar-pelajar lain – ancaman yang serius dan merbahaya.
18.11 Menghisap rokok dan mengambil dadah.
18.12 Berjudi, meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan sekolah.
18.13 Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah diberi amaran.
18.14 Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru / Guru Besar.
18.15 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum.
18.16 Melanggar peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budibicara Guru Besar sebagai pelanggar tatatertib yang berat.
18.17 Pelajar perempuan tidak dibenarkan berdua-duaan dengan pelajar lelaki dalam kawasan sekolah.
18.18 Berasmara atau berkelakuan sumbang di dalam bilik darjah atau di kawasan sekolah.
18.19 Membawa, menyebar atau menonton video/cereka padat lucah atau gambar lucah.
PERKARA 19: AM
19.1 Yuran mestilah dijelaskan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Buku-buku Pinjaman
19.2 Semua buku pinjaman yang dipinjamkan kepada pelajar-pelajar mestilah dipulangkan dalam keadaan yang baik kepada Guru Kelas bila diarahkan.
Buku-buku mesti dipulangkan
a) sebelum bertukar sekolah
b) pada akhir tahun
c) apabila diberhentikan dari sekolah
d) apabila diarahkan oleh pihak sekolah
Peperiksaan
19.3 Pelajar-pelajar mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.
19.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat arahan daripada Guru Besar.
Keselamatan Pelajar-Pelajar
19.6 Keselamatan diri adalah tanggungan pelajar sendiri. Pelajar mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti sukan/permainan dan aktiviti di dalam bilik darjah. Kemalangan akibat kelalaian sendiri tidak dapat ditanggungjawab oleh pihak sekolah.
*SEMUA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI MASA KE SEMASA*
"Ibubapa digalakan untuk mencetak undang-undang dan peraturan sekolah Al Imtar untuk rujukan"
-------------------------------------------------------------------------------------
"UNDANG-UNDANG & TATATERTIB PELAJAR TAHFIZ BERASRAMA AL-IMTAR"
*Peraturan ini perlu dihafal oleh semua pelajar untuk membolehkan pelajar dapat belajar dengan lancar dan berdisiplin*
1. Setiap pelajar mestilah menghormati semua guru-guru & pihak pentadbiran sekolah.
2. Setiap pelajar mestilah menjaga kebersihan diri dan madrasah.
3. Setiap pelajar mestilah mengambil bahagian didalam setiap program dan menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
4. Pakaian pelajar mestilah mengikut seragam yang ditetapkan oleh sekolah.
5. Rambut pelajar mestilah pendek dan kemas.
6. Pelajar tidak dibenarkan menghisap rokok, dadah dan benda-benda yang membahayakan diri atau benda yang diaharamkan disisi agama islam.
7. Pelajar tidak dibenarkan berada didalam asrama ketika kelas sedang berjalan.
8. Ibubapa atau penjaga perlu minta kebenaran dari pihak sekolah sebelum berjumpa dengan anak untk menjaga keselamatan pelajar.
9. Setiap pelajar hanya dibenarkan meninggalkan sekolah atau bercuti setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.
10. Setiap pelajar dilarang membawa orang luar ke dalam asrama.
11. Setiap pelajar dilarang menerima wang atau hadiah daripada orang luar, kecuali dari keluarga sendiri, pemberian wang dari Ibubapa untuk perbelanjaan pelajar hendaklah dibuat melalui pihak sekolah.
12. Pergaduhan adalah dilarang sama sekali, jangan bertindak sendirian tetapi buatlah aduan kepada guru disiplin.
13. Tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik, membentuk sebarang pertubuhan, mengadakan tunjuk perasaan, menghalang undang-undang sekolah, atau memburukan nama baik sekolah.
14. Setiap pelajar sentiasa memperlihatkan akhlaq yang mulia sama ada didalam sekolah atau di luar sekolah.
15. Pelajar dilarang membawa telefon bimbit, kamera, video, kaset, radio, majalah hiburan, atau semua alat muzik ke dalam sekolah.
16. Pelajarar dilarang membawa barang merbahaya seperti pisau, parang, besi tajam, kapak atau lain-lain yang merbahayakan orang lain.
17. Pihak sekolah berhak memberhentikan pelajar serta merta yang melakukan kesalahan besar seperti menghisap dadah, melawan guru atau bergaduh mengunakan senjata merbahaya.
18. Pihak sekolah boleh membuat siasatan mengejut didalam asrama atau seluruh kawasan sekolah pada bila-bila masa siang atau malam.
19. Pelajar dilarang meminjam atau mengambil barang-barang pepunyaan awam seperti basikal, motosikal, kereta dan lain-lain serta menggunakannya di kawasan sekolah atau luar sekolah.
20. SELAIN DARIPADA PERKARA-PERKARA DI ATAS PIHAK SEKOLAH BERHAK MEMINDA ATAU MENAMBAH SEBARANG UNDANG-UNDANG PERATURAN YANG MESTI DIPATUHI OLEH SETIAP PELAJAR.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
"BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH PELAJAR TAHFIZ BERASRAMA"
1. Keperluan peribadi seperti berus, sabun, baldi, tuala, kasut dan selipar.
2. Selimut, cadar dan bantal.
3. Alat belajar seperti pen, pensil, pemadam dan beg sekolah
4. Baju seragam sekolah seperti jubah warna krim dan jubah warna putih beserta kupiah putih dan beserban putih.
5. Baju riadhah seperti seluar panjang, baju sukan dan pakaian-pakaian yang tidak bergambar, seluar pendek tidak dibenarkan.
6. Baju tidur yang menutup aurat.
7. pakaian waktu belajar iaitu baju warna krim atau putih dan berkupiah putih beserta serban putih.
8. Dilarang membawa makanan atau minuman yang mengkhayalkan.
9. Sebarang pembelian diluar sekolah haruslah diberitau kepada ketua guru.
10. SELAIN DARIPADA PERKARA-PERKARA DI ATAS PIHAK SEKOLAH BERHAK MEMINDA ATAU MENAMBAH SEBARANG UNDANG-UNDANG YANG MESTI DIPATUHI OLEH SETIAP PELAJAR.
"Ibubapa digalakan untuk mencetak undang-undang dan peraturan sekolah al imtar untuk rujukan"
---------------------------------------------------------------------------------------
"TANGGUNGJAWAB IBUBAPA & PENJAGA"
Yang mesti dilaksanakan kepada Sekolah Al Imtar
1. Yuran mesti dibayar pada tarikh yang ditetapkan iaitu antara 25hb atau selewat lewatnya 5hb setiap bulan. Yuran boleh dibayar sama ada tunai, cek atau online maybank2u.com, no. acc. 56-45481179-46 atas nama Al Imtar Tahfiz Centre. setiap pembayaran yang di buat secara online haruslah di beritahu ( call @sms nama pelajar) kepada pihak sekolah supaya resit dapat di berikan kepada ibubapa sebagai bukti pembayaran.
2. Ibubapa mesti membayar yuran anak sepanjang tahun iaitu sebanyak 12 bulan termasuk bulan December atau cuti panjang sekolah.
3. Ibubapa mesti memberi kuasa penuh kepada pihak sekolah untuk program persekolahan sepanjang tahun tanpa mengganggu urusan dan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
4. Ibubapa mesti memberi tunjuk sebab yang kukuh jika anak tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari atau pihak sekolah berhak mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar tersebut tanpa halangan dan bantahan ibubapa.
5. Ibubapa dilarang sama sekali mencampuri urusan sekolah atau membuat peraturan sendiri yang mengganggu keharmonian sekolah seperti mengambil anak untuk balik awal, anak tidak mamakai baju seragam yang telah ditetapkan oleh sekolah dan lain-lain.
6. Ibubapa mesti menyokong program-program yang akan diadakan oleh pihak sekolah untuk kepentingan bersama.
7. Ibubapa boleh mengemukakan cadangan dan pandangan untuk kepentingan semua, tetapi jangan lah kecewa jika pihak sekolah tidak mengikuti cadangan tersebut.
8. Ibubapa mesti mengambil berat terhadap prestasi anak-anak dan masa persekolahanya seperti kerja rumah dan keperluan anak yang berkaitan dengan sekolah.
9. Ibubapa mesti hadir dalam majlis-majlis penting yang diadakan oleh pihak sekolah, seperti repot kad day, hari sukan atau majlis ihtifal dan lain-lain.
10. Ibubapa atau wakil mesti menghantar anak-anak ke sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waklu kelas bermula.
11. Wang yuran pendaftaran, yuran bulanan dan yuran tahunan tidak akan dikembalikan setelah pambayaran dibuat atau setelah resit dikeluarkan.
12. Ibubapa perlu membayar RM350 jika memberhentikan anak tanpa sebarang sebab yang kukuh atau tanpa kelulusan muktamad daripada pihak sekolah (penalti).
Diharap ibubapa dan penjaga dapat mengikuti peraturan yang telah ditetapkan ini dengan penuh amanah dan bertanggungjawab, semoga kita semua mendapat kejayaan didunia dan akhirat, Insya Allah.
*SELAIN DARIPADA PERKARA-PERKARA DI ATAS PIHAK SEKOLAH BERHAK MEMINDA ATAU MENAMBAH SEBARANG UNDANG-UNDANG YANG MESTI DIPATUHI OLEH IBUBAPA DAN PENJAGA SEMUA.
--------------------------------------------------------------------------------------------

